Harga WhatsApp Mulai 1 Oktober 2026
Ringkasan Pantas
Mulai 1 Oktober 2026, Meta akan caj untuk service message (balasan anda kepada customer). Sebelum ini, balas dalam 24 jam adalah percuma.
- Setiap nombor dapat 1,000 service message percuma sebulan. Lepas tu, setiap balasan dicaj 5.6 sen.
- Setiap bubble dikira satu mesej. Satu jawapan yang dipecah jadi 3 bubble dicaj 3 kali.
- Lead dari iklan Click-to-WhatsApp (CTWA) adalah percuma selama 7 hari, termasuk follow-up.
- Caj ini dibayar kepada Meta, bukan kepada ReplyLa.

Adakah Nombor Anda Terkesan?
Bergantung pada cara nombor anda disambung.
| Cara anda guna WhatsApp | Terkesan? | Kos |
|---|---|---|
| WhatsApp Personal (app biasa untuk chat peribadi) | Tidak | Percuma |
| WhatsApp Business App (dalam telefon, balas customer secara manual) | Tidak | Percuma |
| Coexistence (Business App yang connect ke ReplyLa atau software lain) | Ya | Ikut harga Meta setiap mesej |
| WhatsApp Cloud API (terus ke Meta API melalui mana-mana software) | Ya | Ikut harga Meta setiap mesej |
Ringkasnya: kalau nombor anda disambung ke software melalui API Meta, anda akan dicaj.


Apa Itu Coexistence?
Coexistence ialah nombor WhatsApp Business App yang turut disambung ke ReplyLa (atau mana-mana software automasi WhatsApp).
- Anda masih guna app dalam telefon seperti biasa.
- Software balas dan hantar mesej secara automatik.
- Mesej dari software dicaj ikut harga Meta.
Customer anda akan nampak notis ini dalam chat, tanda nombor ini dah disambung ke software melalui Meta:
This business is now using a secure service from Meta to manage this chat. Tap to learn more.

3 Jenis Mesej dan Kosnya

| Jenis | Kegunaan | Contoh | Kos (Malaysia) |
|---|---|---|---|
| Marketing | Promo, blast, tawaran | "Sale 11.11 diskaun 30%!" | 34.7 sen setiap mesej |
| Utility | Order confirmation, reminder, update status | "Order anda dah dihantar." | 5.6 sen setiap mesej |
| Service | Balas chat customer dalam 24 jam | "Ada kak, saiz L masih ada." | 5.6 sen setiap mesej, lepas 1,000 percuma sebulan |
Kadar ditetapkan oleh Meta dan boleh berubah. Untuk kadar rasmi terkini, rujuk WhatsApp Platform Pricing (Malaysia).
Apa Yang Berubah Pada 1 Oktober
| Jenis mesej | Sebelum 1 Okt | Mulai 1 Okt |
|---|---|---|
| Marketing | Bayar | Bayar (sama) |
| Utility dalam 24 jam | Percuma | Bayar |
| Service (balas chat) | Percuma | Bayar lepas 1,000 percuma sebulan |
| Lead dari iklan CTWA | Percuma 72 jam | Percuma 7 hari |
Sebelum 1 Oktober
Setiap kali customer hantar mesej, window percuma 24 jam bermula semula. Selagi customer terus balas, anda boleh terus balas secara percuma. Lead dari iklan CTWA dapat 72 jam percuma.

Mulai 1 Oktober
Balasan tak lagi percuma secara automatik. Hanya dua perkara yang masih percuma:
- Lead dari iklan CTWA: semua mesej percuma selama 7 hari.
- 1,000 service message pertama setiap bulan, untuk setiap nombor.
Lead dari tempat lain (organik, link di bio, butang di website, link wa.me) tiada window percuma. Setiap bubble ditolak dari 1,000 mesej percuma anda, kemudian dicaj 5.6 sen setiap satu.

Setiap Bubble Dicaj
Meta caj setiap mesej, jadi setiap bubble yang anda hantar dikira.
Contoh: Customer tanya "Ada saiz L?" dan anda balas dalam 3 bubble:
- "Ada kak!" (5.6 sen)
- "Tinggal 5 helai je." (5.6 sen)
- "Nak saya reserve?" (5.6 sen)
Satu jawapan tu kosnya 16.8 sen. Kalau anda gabungkan jadi satu bubble, kosnya cuma 5.6 sen.

Apa Yang Masih Percuma
Iklan Click-to-WhatsApp (CTWA): Percuma 7 Hari
Iklan CTWA ialah iklan Facebook atau Instagram yang ada butang WhatsApp. Bila customer tekan butang tu dan mesej anda, semua mesej dalam perbualan tu percuma selama 7 hari, termasuk follow-up.

- 7 hari bermula dari perbualan pertama dan tidak reset.
- Mulai hari ke-8, setiap bubble dicaj.

wa.me/...) dalam teks atau landing pagebukan iklan CTWA. Lead dari link tu dicaj sama macam lead organik lain. Guna butang WhatsApp pada iklan untuk dapat 7 hari percuma.
1,000 Service Message Percuma Sebulan
- Setiap nombor dapat 1,000 service message percuma setiap bulan.
- Mulai mesej ke-1,001, setiap satu dicaj 5.6 sen.
- Baki mesej percuma tak boleh dibawa ke bulan depan.

Reaction
React pada mesej customer (contohnya dengan 👍) adalah percuma dan tak ditolak dari 1,000 mesej percuma anda.
Siapa Yang Paling Terkesan?
| Susah nak kekal murah | Masih berbaloi |
|---|---|
| Soalan tracking order | Lead dari iklan CTWA (7 hari percuma) |
| Aduan dan after-sales | Closing cepat, sedikit bubble |
| Chat panjang tanpa jualan | Follow-up yang bawa jualan |
Chat customer service sekarang ada kos tapi tak bawa hasil. Chat jualan, terutamanya dari iklan CTWA, masih berbaloi.
Berapa Yang Anda Akan Bayar Meta?
Anggaran untuk lead yang bukan dari iklan CTWA, dengan purata 8 bubble setiap lead:
| Lead sebulan | Bubble (x8) | Tolak 1,000 percuma | Kos Meta |
|---|---|---|---|
| 500 | 4,000 | 3,000 | RM169 |
| 3,000 | 24,000 | 23,000 | RM1,297 |
| 10,000 | 80,000 | 79,000 | RM4,456 |
Berdasarkan kadar Meta Malaysia RM0.0564 setiap mesej. Belum termasuk kos AI token.
Cara Kawal Kos Anda
1. Dapatkan Lead Dari Iklan CTWA
Jalankan iklan yang ada butang WhatsApp supaya lead baru masuk melalui CTWA. Semua mesej dalam 7 hari pertama percuma, jadi chatbot anda boleh jawab dan follow-up tanpa caj Meta.
2. Close Dalam 7 Hari
Cuba close jualan dalam tempoh 7 hari percuma tu. Lepas window tamat, setiap bubble dicaj, jadi lagi cepat anda close, lagi murah kos setiap jualan.
3. Balas Dengan Kurang Bubble Lepas Window Percuma
Dalam window CTWA, banyak bubble pun percuma. Di luar window, bagi satu jawapan yang lengkap dan bukannya beberapa mesej pendek. Satu bubble yang jelas kosnya satu pertiga daripada tiga bubble pendek.
4. Tentukan Apa Nak Buat Dengan Lead Bukan Dari Iklan
Lead yang bukan dari iklan CTWA tiada window percuma. Anda ada tiga pilihan:
- Balas seperti biasa dan guna 1,000 mesej percuma anda. Sesuai kalau lead organik anda tak banyak.
- Pindahkan ke nombor kedua. Balas sekali dengan link ke nombor lain yang guna WhatsApp Business App sahaja (tak connect ke mana-mana software), contohnya "Untuk urusan, sila chat admin kami di sini: wa.me/60123456789". Chat di nombor tu percuma. Sesuai kalau lead organik banyak, walaupun ada customer yang tak akan tekan link tu.
- Tak balas langsung dari nombor yang connect. Tiada caj Meta.

5. Pindahkan Customer Service ke Business App
Soalan tracking order, aduan dan after-sales tak bawa jualan. Uruskan semua ni di nombor WhatsApp Business App yang tak connect ke software, di mana balasan masih percuma.
6. Blast Dengan Lebih Bijak
- Guna template Utility untuk mesej transaksi. Kosnya 5.6 sen, manakala Marketing 34.7 sen.
- Blast hanya kepada segment yang betul (contohnya customer yang dah tunjuk minat atau pernah beli), bukan semua contact anda.
7. Semak Billing Setiap Bulan
Login ke business.facebook.com → Billing untuk tengok caj anda ikut jenis mesej. Bandingkan dengan jualan anda supaya anda tahu chat mana yang berbaloi untuk dibayar.
Soalan Lazim
Apa Seterusnya?
- Harga Template - Cara template mesej dan kategori dicaj
- Conversation Window - Tengok lead mana yang window 24 jamnya masih terbuka dalam Inbox
- Blaster Overview - Hantar broadcast kepada segment yang betul