Reply.la Logo
Update Meta

Setting Untuk Kawal Kos Anda

Guna Auto-Split for Ad Customers, Conversation Limit dan Ad Leads Only untuk kurangkan caj WhatsApp anda selepas perubahan harga 1 Oktober 2026.

Mulai 1 Oktober 2026, Meta caj setiap bubble yang anda hantar di luar window percuma. Baca Harga WhatsApp Mulai 1 Oktober 2026 untuk penerangan penuh.

Reply.la tambah tiga setting chatbot untuk bantu anda kawal caj ini:

SettingDi manaApa yang dijimatkan
Auto-Split for Ad CustomersAI SettingsHantar satu bubble setiap balasan kepada customer yang tiada dalam window iklan percuma
Conversation LimitGeneral SettingsHadkan berapa kali bot balas kepada seorang customer
Ad Leads OnlyGeneral SettingsAI hanya balas customer yang datang dari iklan Click-to-WhatsApp anda

Setting ini untuk device Meta (Cloud API dan Coexistence). DeviceWhatsApp Web Direct API tiada caj Meta dan tiada window iklan, jadi Auto-Split for Ad Customers dan Ad Leads Only tidak berfungsi di situ.

1. Satu Bubble Untuk Customer Bukan Dari Iklan

Secara default, AI akan pecahkan balasan yang panjang kepada beberapa bubble pendek supaya nampak semula jadi. Setiap bubble dikira satu mesej, jadi satu jawapan dalam 3 bubble kosnya 3 kali ganda berbanding satu bubble.

Auto-Split for Ad Customers biarkan anda kekalkan bubble berasingan bila ia percuma, dan hantar satu bubble untuk yang lain:

  • Customer yang datang dari iklan Click-to-WhatsApp, selagi window iklan percuma mereka masih terbuka, tetap dapat bubble berasingan. Mesej ini percuma.
  • Customer lain akan dapat setiap balasan dalam satu bubble.

Cara Setup

  1. Buka chatbot anda dan pergi ke AI Settings.
  2. Di Extra Features, matikan Auto-Split Messages.
  3. Auto-Split for Ad Customers akan muncul di bawahnya. Biarkan ia hidup. Ia hidup secara default.
  4. Klik Save Changes.

Nak satu bubble untuk semua customer, termasuk customer dari iklan? Matikan Auto-Split for Ad Customers juga.

Berapa Yang Dijimatkan

Customer yang bukan dari iklan tanya "Ada saiz L?":

BalasanBubbleKos lepas 1,000 mesej percuma anda
Auto-Split hidup316.8 sen
Auto-Split mati15.6 sen

Setting ini hanya ubah balasan AI. Keyword reply hantar setiap step dalam sequence sebagai bubble sendiri, jadi pastikan sequence keyword juga pendek.

2. Conversation Limit

Conversation Limit hentikan bot selepas ia balas beberapa kali kepada customer yang sama. Selepas itu, perbualan akan tunggu pasukan anda. Ini letak had maksimum kos seorang customer, contohnya customer yang terus berbual tapi tak beli.

Cara Setup

  1. Buka chatbot anda dan pergi ke General Settings.
  2. Di Handover to Your Team, hidupkan Limit bot replies per conversation.
  3. Tetapkan Replies per conversation, contohnya 10.
  4. Pilih Schedule limit reset: Never, Daily, Weekly atau Monthly.
  5. Biarkan Notify when the limit is reached hidup supaya pasukan anda tahu bila perlu ambil alih.
  6. Simpan perubahan anda.

Perlu Tahu

  • Satu kiraan ialah satu mesej customer yang bot jawab, tak kira berapa bubble balasan itu dipecahkan. Matikan Auto-Split (langkah 1) supaya setiap balasan juga satu mesej.
  • Balasan AI, keyword reply dan follow-up semuanya dikira dalam had ini.
  • Customer tidak akan diberitahu apa-apa bila had sudah dicapai.
  • Untuk beri semula balasan kepada seorang customer, buka perbualan itu dalam Inbox dan klik Reset di sebelah Bot replies left. Untuk reset semua, klik Reset all conversations dalam General Settings.

Pilih Had

Bila Auto-Split dimatikan, had ini lebih kurang sama dengan jumlah maksimum mesej Meta yang bot hantar kepada seorang customer:

Replies per conversationKos maksimum seorang customer (lepas 1,000 percuma)
528 sen
1056 sen
20RM1.12

Balasan pasukan anda sendiri tidak dikira dalam had ini, tapi Meta tetap caj untuknya.

3. Ad Leads Only

Ad Leads Only biarkan AI balas hanya customer yang datang dari iklan Click-to-WhatsApp anda, selagi window iklan percuma mereka masih terbuka. Customer lain akan dapat satu mesej daripada anda, kemudian tunggu pasukan anda.

Ini sesuai untuk bisnes yang bayar iklan untuk dapatkan lead, dan tak nak bayar Meta untuk chat AI dengan orang lain.

Cara Setup

  1. Buka chatbot anda dan pergi ke General Settings.
  2. Di Handover to Your Team, hidupkan Only let the AI reply to leads from your Click-to-WhatsApp ads.
  3. Isi Message before handing over. Ini wajib, sehingga 1,000 aksara.
  4. Simpan perubahan anda.

Guna mesej serahan untuk alihkan customer bukan dari iklan ke tempat yang percuma. Contohnya: "Untuk order, sila chat dengan admin kami di sini: wa.me/60123456789", ke nombor WhatsApp Business App yang tidak disambung ke mana-mana software.

Perlu Tahu

  • Semua orang di luar window iklan percuma akan diserahkan kepada pasukan, termasuk pertanyaan kali pertama dan customer yang pernah berbual dengan anda.
  • Pasukan anda akan dapat notifikasi setiap kali, dan AI kekal dimatikan untuk kenalan itu sehingga seseorang hidupkannya semula.
  • Anda tak boleh uji dalam AI Playground, kerana Playground bukan perbualan WhatsApp sebenar.

Cadangan Setup

Situasi andaGuna
Kebanyakan lead datang dari iklan Click-to-WhatsAppAuto-Split Messages mati, Auto-Split for Ad Customers hidup
Lead datang dari mana-mana dan anda nak AI jawab semua orangAuto-Split Messages mati, dan Conversation Limit (contohnya 10, reset Monthly)
Anda hanya nak bayar untuk chat AI dengan lead iklanAd Leads Only hidup, dengan mesej serahan ke nombor WhatsApp Business App anda

Soalan Lazim

Copyright © 2026