Auto Label
Auto Label membolehkan chatbot letak label pada contact secara automatik, ikut maksud perbualan. Setiap peraturan padankan satu label dengan satu syarat yang anda tulis dalam ayat biasa.

Cipta Peraturan Label
- Buka chatbot dan pergi ke AI Actions > Auto Label.
- Hidupkan Auto-Labeling Rules.
- Pilih label sedia ada, atau cipta label baru untuk peraturan itu.
- Terangkan bila AI patut letak label itu.
- Guna butang tambah (+) untuk tambah peraturan lain.
- Simpan page.
Label yang sama tidak boleh digunakan dua kali dalam senarai peraturan satu chatbot. Kalau label itu juga digunakan oleh chatbot lain, Reply.la akan tunjukkan di bawah pemilih label.
Tulis Syarat yang Jelas
Terangkan apa yang customer buat atau cakap, bukan sekadar keyword. Contohnya:
| Label | Syarat |
|---|---|
| Berminat | Customer tanya soalan terperinci, atau kata mereka berminat dengan produk. |
| Tanya harga | Customer tanya tentang harga, payment, atau pakej yang ada. |
| Perlukan support | Customer lapor masalah, atau minta bantuan untuk order sedia ada. |
| Tidak berminat | Customer jelas menolak, atau minta perbualan tidak diteruskan. |
Pastikan setiap syarat berbeza antara satu sama lain. Syarat yang bertindih boleh menyebabkan lebih daripada satu label diletakkan pada contact yang sama.
Add with AI
Klik Add with AI untuk AI analisis training chatbot anda, AI behaviour, label sedia ada dan aliran jualan anda. Analisis ini boleh:
- Cadangkan peraturan label baru.
- Baiki ayat syarat yang sedia ada.
- Kenal pasti peraturan yang mungkin sudah tidak sesuai dengan chatbot.
Semak setiap cadangan sebelum anda tambah, guna atau buang peraturan. Analisis ini guna token platform.
Deal Outcomes
Guna bahagian Deal Outcomes untuk kumpulkan label sedia ada kepada dua kumpulan:
- Closed - label yang bermaksud jualan berjaya.
- Cannot Closed - label yang bermaksud jualan tidak berjaya.
Setiap kumpulan boleh ada beberapa label. Satu label tidak boleh berada dalam kedua-dua kumpulan pada masa yang sama.
Label Closed juga yang Analytics kira sebagai jualan berjaya, jadi label ini tentukan closing rate anda. Bila anda tukar dan simpan, Change Closed labels? akan tunjuk cara Analytics akan kira lead selepas ini. Perubahan ini terpakai untuk semua tarikh, termasuk yang lepas. Dalam Playground Mode, ia hanya berkuat kuasa selepas draft di-publish.
Betulkan Label
Kalau AI letak label yang salah:
- Buang atau tukar label itu dalam Inbox atau Contacts.
- Kembali ke Auto Label dan jadikan syarat itu lebih khusus.
- Simpan, kemudian uji peraturan itu dengan perbualan yang realistik.
Auto Label berjalan pada peringkat chatbot. Untuk hentikan label automatik yang baru, matikan Auto-Labeling Rules dan simpan.
Tutorial Video
Video di bawah terangkan ciri ini. Sesetengah kawalan mungkin berada di kedudukan lama berbanding paparan semasa.
Kemas kini terakhir: 6 November 2026