Reply.la Logo
Inbox

Inbox

Tengok perbualan WhatsApp, balas secara manual, assign contact, dan pantau cara AI kendalikan setiap chat.

Inbox kumpulkan perbualan dari semua device WhatsApp yang disambungkan ke dalam satu tempat. Di sini, anda boleh pantau balasan AI, ambil alih chat, hantar mesej, dan urus contact tanpa keluar dari perbualan.

Susun Atur Inbox

Pada desktop, Inbox ada tiga panel:

PanelApa yang ada
Senarai perbualanChat terkini, maklumat contact, mesej terakhir, label, dan status belum dibaca.
ChatSejarah mesej, kawalan AI, dan ruang tulis mesej.
Maklumat contactProfile, assignment, memory, nota, usage, dan metrik perbualan.

Pada skrin kecil, paparan bertukar kepada satu panel sahaja, dengan Filter dan Search pada bar di bahagian bawah.

Cari Perbualan

Pilih device WhatsApp dari pilihan di bahagian atas senarai. Senarai ini tunjuk satu device pada satu masa.

Guna search untuk cari contact ikut nama, nombor telefon, atau @username WhatsApp. Klik ikon filter untuk kecilkan senarai:

  • Inbox - All, Assigned to me, Unassigned, atau Unread.
  • Labels - Satu atau lebih label contact.
  • Window - All Conversations atau Active Window, iaitu perbualan yang masih dalam tempoh 24 jam untuk anda balas secara bebas. Perbualan pada device WhatsApp Web sentiasa termasuk, kerana ia tiada window.

Pilih perbualan untuk buka sejarah mesejnya.

Inbox tunjuk mesej dari 60 hari terakhir sahaja. Perbualan yang tiada mesej lebih baru akan tunjuk No messages in 60 days dalam senarai, dan Only the last 60 days are shown bila dibuka. Mesej baru tetap akan muncul seperti biasa.

Private Mode

Biasanya, bila anda buka chat, ia dikira sudah dibaca untuk seluruh team anda, dan customer pun tahu mesej mereka sudah dibaca. Private mode membolehkan anda semak chat tanpa semua itu. Titik belum dibaca kekal untuk rakan sepasukan yang perlu balas.

  1. Klik ikon mata di bahagian atas senarai perbualan.
  2. Banner akan sahkan Private mode. Chats you open stay unread.
  3. Klik ikon itu sekali lagi untuk matikan.

Private mode hanya terpakai untuk anda, dan ia kekal hidup sehingga anda matikan. Kalau anda tidak nampak ikon mata, Private mode tidak tersedia pada plan anda.

Tema Warna Device

Beri setiap device warna sendiri, supaya team anda terus nampak dari nombor mana mereka sedang balas.

  1. Pilih device dari pilihan di bahagian atas senarai.
  2. Klik ikon palet di bahagian atas senarai perbualan.
  3. Pilih warna dan semak preview. Use default colour akan kembalikan warna asal.
  4. Klik Save.

Warna ini terpakai pada mesej yang team anda hantar dari device itu, dan semua orang dalam team boleh nampak. Ia disimpan pada device WhatsApp, bukan dalam browser anda. Jadi warnanya sama untuk seluruh team, di mana-mana komputer atau telefon.

Ikon palet muncul bila ada device dipilih dan peranan anda dibenarkan edit device. Ikon ini tidak muncul dalam Playground Mode.

Saiz Teks

Besarkan atau kecilkan tulisan mesej dalam chat, tanpa mengubah bahagian lain pada halaman.

  • Tekan dan tahan Ctrl (atau Cmd pada Mac), kemudian scroll di atas mesej.
  • Atau pinch dengan dua jari pada trackpad atau skrin sentuh.

Satu label kecil akan tunjuk Text size bersama saiz semasa, dari 12 hingga 22. Klik Reset pada label itu untuk kembali ke saiz asal, iaitu 14.

Saiz ini disimpan dalam browser anda sahaja, dan terpakai untuk setiap chat yang anda buka di situ. Rakan sepasukan anda tidak nampak perubahan ini, dan ia tidak ikut anda ke browser atau telefon lain.

Balas Customer

Taip mesej dalam ruang tulis dan hantar. Selain itu, anda boleh:

  • Balas mesej tertentu.
  • Rakam mesej suara.
  • Upload gambar, video, fail audio, atau dokumen.
  • Pilih fail sedia ada dari File Manager.
  • Kongsi lokasi.
  • Hantar template WhatsApp yang sudah diluluskan.

Ruang tulis juga tunjuk status reply window, iaitu 24 jam selepas mesej terakhir customer. Dalam tempoh ini, anda boleh balas apa sahaja. Bila window sudah tutup, anda akan nampak Reply window closed. Only WhatsApp Business Templates can be sent. Masa itu, klik Send Template dan hantar template yang sudah diluluskan. Rujuk Conversation Window.

Bila sesuatu nombor sudah habis guna mesej percuma untuk bulan itu, notis ini akan muncul di atas ruang tulis: Free messages used up for this number. Replies still send, and are charged from now on. Rujuk Setting Untuk Kawal Kos.

Pada nombor Coexistence (satu nombor yang anda guna dalam Reply.la dan juga app WhatsApp Business), balasan yang anda hantar dari telefon juga muncul di sini, dengan label Phone. AI akan baca mesej ini sebagai balasan anda. Kecuali kalau Privacy Mode dihidupkan, iaitu setting yang sorokkan mesej anda sendiri daripada AI.

Contoh: Aina ada butik tudung. Customer tanya "Ada saiz M?" dan Aina balas "Ya, ada stok saiz M" dari telefonnya. Balasan itu muncul dalam Inbox dengan label Phone. AI pun baca balasan itu, jadi bila AI balas selepas ini, ia tahu customer sudah diberitahu saiz M ada stok.

Balas dari telefon tidak pause chatbot. Kalau anda mahu uruskan chat itu sendiri, pause AI dulu.

Pada Device WhatsApp Web

Perbualan pada device WhatsApp Web Direct API berfungsi sedikit berbeza:

  • Tiada window mesej dan tiada pilihan template. Anda boleh hantar apa-apa mesej pada bila-bila masa.
  • Setiap fail boleh sampai 25MB.
  • Mesej yang anda hantar dari telefon juga muncul di sini, dengan label Phone. Sama seperti Coexistence, AI akan baca mesej ini kecuali Privacy Mode dihidupkan, dan chatbot terus berjalan. Pause AI bila anda ambil alih.
  • Sesetengah jenis mesej, seperti poll (undian), akan tunjuk Unsupported message. Buka WhatsApp di telefon untuk tengok mesej itu.

Tengok Iklan Asal Chat

Bila customer hubungi anda melalui iklan atau post, chat itu akan tunjuk kad From ad atau From post bersama nama platform dan teks iklan tersebut. Klik View ad atau View post untuk buka iklan itu.

Pause atau Sambung Semula AI

Guna kawalan AI di bahagian atas perbualan untuk pause atau sambung semula balasan AI automatik bagi contact itu. Kawalan ini tunjuk sama ada AI sedang berjalan atau sedang di-pause.

Balas secara manual tidak menggantikan kawalan ini. Pause AI dulu bila ahli team perlu kendalikan perbualan tanpa balasan automatik.

Mesej yang dihasilkan AI ditandakan dalam perbualan, jadi anda boleh bezakannya daripada mesej customer dan mesej manual.

Mulakan Perbualan Baru

Anda boleh mesej customer dulu, walaupun nombor itu belum ada dalam contact anda. Klik ikon pensel New conversation di bahagian atas senarai, atau Start New Chat. Panel New chat akan terbuka di atas senarai chat.

  1. Ada lebih daripada satu device yang connected? Pilih device yang akan hantar mesej di From.
  2. Pilih contact di bawah Recent atau All contacts untuk terus buka chat-nya. Untuk nombor baru, taip nombor itu dalam kotak carian dan klik Chat with +nombor.

Contoh: Taip 019-876 5432, dan panel itu akan tunjuk Chat with +60198765432.

Untuk nombor baru, apa yang terbuka seterusnya bergantung pada device:

  • Device Meta - pemilih template akan terbuka. WhatsApp hanya benarkan anda mula chat dengan template yang sudah diluluskan, dan Meta mungkin caj untuknya.
  • Device WhatsApp Web - kotak mesej akan terbuka. Taip mesej pertama anda (sehingga 4,096 aksara) dan klik Send. Tiada caj Meta. Atau klik Send an interactive message untuk hantar mesej yang anda sudah simpan. Customer akan terima ia sebagai teks dengan pilihan bernombor.

Nombor itu hanya disimpan sebagai contact bila anda hantar mesej. Kalau anda tutup panel tanpa hantar, tiada contact ditambah.

Label, Assignment dan Knowledge

  • Tambah atau buang label contact terus dari perbualan.
  • Assign perbualan kepada ahli team, atau biarkan tanpa assign.
  • Pilih mesej yang berguna, kemudian klik Add to AI Knowledge untuk jadikan kandungannya knowledge entry (bahan rujukan) bagi chatbot yang disambungkan.
  • Pilih Mark as unread dalam menu More options untuk kembalikan chat itu kepada team anda. Pilihan ini muncul bila customer yang hantar mesej terakhir.

Maklumat Contact

Buka panel maklumat untuk urus dan semak:

  • Profile - nama, nombor telefon, email, dan device yang disambungkan. Kalau customer datang dari iklan atau post, anda juga akan nampak Ad ID atau Post ID.
  • Assignment - ahli team yang bertanggungjawab untuk perbualan ini.
  • Memory - maklumat yang sedang disimpan dalam working memory (ingatan sementara) chatbot.
  • Notes - nota peribadi yang ditambah oleh team anda.
  • Actions - kosongkan context perbualan terkini, atau kosongkan working memory yang disimpan.
  • Usage - penggunaan token AI, anggaran kos AI, dan anggaran caj WhatsApp API kalau ada.
  • Conversation Metrics - jumlah mesej AI, mesej manual, dan mesej customer.

Kalau chatbot ada had balasan untuk setiap perbualan, anda juga akan nampak Bot replies left. Ia tunjuk Limit reached · AI paused bila had itu sudah habis. Rujuk General Settings.

Nilai kos dalam Inbox hanya anggaran. Guna Token Usage untuk tengok peruntukan dan sejarah token keseluruhan organisasi anda.

Bila anda kosongkan context atau working memory, apa yang AI boleh ingat tentang contact ini akan berubah. Pastikan maklumat itu memang tidak diperlukan lagi sebelum anda kosongkan.

Soalan Lazim

Kemas kini terakhir: 16 November 2026

Copyright © 2026