Chatbot
AI Knowledge
Upload dokumen, list produk, dan FAQ untuk AI study tanpa habiskan banyak token.

Apa Benda AI Knowledge Ni?
AI Knowledge ni macam library untuk chatbot anda. Daripada anda masukkan semua maklumat ke Training Data (yang mana AI terpaksa baca semua info tu setiap masa), lebih baik upload file kat sini. Bila customer tanya soalan, AI akan tolong carikan dalam library ni dan hanya baca part yang berkenaan je.
- Training Data = cheat sheet yang AI sentiasa bawak merata-rata.
- AI Knowledge = kabinet fail yang AI akan geledah bila ada soalan je.
Cara ni boleh tolong anda jimat kos sebab AI tak perlu baca semua benda bila reply mesej.
Sebelum Start
- Pastikan dah create chatbot.
- Anda dah ada content nak upload (macam list produk, FAQ, info company, dll).
Cara Nak Tambah Knowledge
- Pergi ke Chatbot > klik nama chatbot anda > masuk ke AI Knowledge.
- Klik kad Create New (kad yang ada icon +).
- Pilih jenis knowledge:
- Text - Type atau paste content terus (ngam untuk FAQ, list produk, atau polisi kedai).
- Web - Masukkan URL website untuk AI tolong baca dan fahamkan.
- File - Upload fail dokumen macam PDF, Word, dll.
- Isikan details yang diminta:
- Name - Bagi nama yang clear (contoh: "Katalog Produk 2024", "Return Policy", "Senarai Harga").
- Description (optional) - Nota sikit pasal apa content fail ni.
- Content - Masukkan content bergantung pada jenis yang anda pilih tadi.
- Klik Save.
Lepas save, anda akan nampak status "indexing" kejap. Masa ni AI tengah proses content tu. Bila badge "Not Indexed" tu dah hilang, maknanya AI anda dah sedia guna knowledge ni.
Tips Nak Organize Knowledge
- Satu topik untuk satu knowledge base. Asing-asingkan fail macam "Harga Produk", "Polisi Return", "Info Delivery", dan "FAQ".
- Gunakan tajuk yang clear. AI akan baca nama dan description tu untuk decide fail mana dia nak refer bila cari jawapan.
- Pastikan content teratur. Guna heading, bullet points, dan format yang kemas. Barulah AI senang nak faham.
Contoh Yang Bagus
Katalog Produk:
Product: Tudung Bawal Premium
Price: RM25
Colors: Black, Navy, Dusty Pink, Cream, Maroon
Material: Cotton Voile
Size: 45" x 45"
Product: Tudung Sarung Instant
Price: RM35
Colors: Black, Grey, Brown, White
Material: Moss Crepe
Size: Free size
FAQ:
Q: Boleh refund atau return ke?
A: Boleh, kita accept return dalam masa 7 hari kalau tak pakai lagi. Resit wajib ada.
Q: Berapa lama delivery sampai?
A: Semenanjung: 2-3 hari bekerja. Sabah/Sarawak: 5-7 hari bekerja.
Soalan Lazim
PDF dan format dokumen biasa. Biasanya fail berunsur teks paling elok untuk AI faham.
Make sure badge "Not Indexed" tu dah hilang. Kalau dah hilang tapi still tak function, check balik nama dan description knowledge base tu - pastikan ianya betul-betul menggambarkan apa content kat dalam fail tu.
Guna Training Data untuk info pendek yang wajib AI tahu (waktu operasi, contact number, polisi). Guna Knowledge base untuk info yang detail dan panjang (katalog penuh, FAQ, guideline detail).