Reply.la Logo
Peti Masuk

Conversation Window

Baca ring berwarna dalam Inbox untuk tahu lead mana boleh dibalas secara bebas dan mana yang perlukan template.

Setiap perbualan WhatsApp ada tetingkap 24 jam. Selagi tetingkap ini terbuka, anda boleh balas dengan apa sahaja - teks, gambar, nota suara. Sebaik sahaja ia tutup, anda hanya boleh hubungi customer dengan mesej template berbayar.

Inbox menunjukkan status tetingkap ini dengan ring berwarna, jadi anda boleh tahu sepintas lalu lead mana yang masih boleh dibalas tanpa template.

Tetingkap 24 jam hanya untuk peranti Meta. Peranti WhatsApp Web Direct API tiada tetingkap, jadi perbualannya tidak tunjuk ring atau kira detik, dan anda boleh balas bila-bila masa tanpa template.
Mulai 1 Oktober 2026, balasan dalam tetingkap tak lagi percuma. Setiap nombor dapat 1,000 service message percuma sebulan, lepas tu setiap balasan dicaj per mesej. Lihat Harga WhatsApp Mulai 1 Oktober 2026.

Di Mana Status Tetingkap Ditunjukkan

Status tetingkap muncul di dua tempat untuk setiap perbualan:

Di manaApa yang anda nampak
Senarai perbualan (panel kiri)Ring berwarna mengelilingi avatar kontak
Bahagian atas chat (atas chat yang dibuka)Lencana kira detik menunjukkan baki jam, contohnya 23h atau 5h

Kedua-duanya dikemas kini secara langsung apabila tetingkap mengira detik.

Warna Ring

Warna ring memberitahu anda keadaan tetingkap - dan apa yang anda boleh hantar seterusnya:

RingStatus tetingkapApa yang boleh dihantarKos
HijauTerbuka - lebih ~6 jam berbakiApa-apa mesej (teks, gambar, suara)Service message (1,000 percuma sebulan)
OrenHampir tutup - ~6 jam atau kurang berbakiApa-apa mesej - tetapi balas segeraService message (1,000 percuma sebulan)
MerahTutupHanya template yang diluluskanTemplate berbayar
Anggap oren sebagai peringatan untuk anda balas. Tetingkap masih terbuka, tetapi masa semakin suntuk - sebaik sahaja ia bertukar merah, anda hanya boleh hantar template.

Pemasa Kira Detik

Apabila anda buka satu perbualan, bahagian atas chat menunjukkan lencana kira detik - contohnya 23h pada awal tetingkap, atau 5h apabila ia hampir tamat. Ini ialah baki masa sebelum tetingkap 24 jam tutup untuk customer tersebut.

Tetingkap akan kembali kepada 24 jam penuh setiap kali customer hantar mesej baru kepada anda. Jadi perbualan yang aktif berbalas-balas boleh kekal hijau selagi customer terus membalas.

Apa Jadi Apabila Merah

Apabila ring bertukar merah, tetingkap sudah tutup. Anda tidak lagi boleh hantar balasan bebas. Untuk hubungi customer itu semula, anda perlu hantar mesej template yang diluluskan, dan Meta caj setiap mesej untuknya.

Untuk penerangan penuh tentang mesej percuma berbanding berbayar, lihat halaman Pricing.

Soalan Lazim

Copyright © 2026