AI Tools

Apa Itu AI Tools?
AI Tools membolehkan chatbot melakukan tugas selain menjawab berdasarkan knowledge base. Bergantung pada template tool yang tersedia untuk akaun anda, chatbot boleh mencari atau mengemas kini data business, membuat pengiraan, dan berkomunikasi dengan external service.
Template tool yang biasa tersedia termasuk:
| Tool | Contoh kegunaan |
|---|---|
| Google Sheets | Cari produk, rekod order, atau kemas kini row sedia ada. |
| Google Contacts | Akses maklumat contact daripada akaun Google yang connected. |
| Calculator | Kira jumlah, diskaun, kuantiti, atau delivery fee. |
| Custom API | Hantar HTTP request kepada sistem luar. |
Template yang dipaparkan di bawah Create New Tool ialah pilihan yang tersedia untuk akaun anda pada masa itu.
Tambah Tool
- Buka Chatbot, pilih chatbot, kemudian pergi ke AI Tools.
- Klik Add New Tool.
- Pilih template tool.
- Lengkapkan configuration yang diperlukan oleh tool tersebut.
- Simpan atau aktifkannya.
Berikan nama dan description yang jelas kepada setiap tool. Description membantu AI menentukan masa yang sesuai untuk menggunakan tool tersebut.
Configure Google Sheets
Google Sheets menggunakan setup empat langkah:
- Connect - Mulakan connection Google Sheets baharu atau guna semula connection yang telah disambungkan ke ReplyLa. Kemudian pilih spreadsheet dan sheet tab.
- Configure - Pilih action dan map column yang berkaitan.
- Test - Masukkan sample value dan jalankan ujian jika perlu.
- Finalize - Semak configuration, namakan tool, tulis description, dan aktifkannya.
Anda boleh menyimpan setup Google Sheets yang belum siap sebagai draft.
Action Google Sheets
| Action | Perkara yang boleh dilakukan oleh AI |
|---|---|
| Auto | Tambah entry baharu, cari row sedia ada, dan kemas kini rekod yang sepadan. Jika rekod sepadan ditemui, AI mengemas kini row itu dan tidak membuat duplikasi. |
| Read only | Baca maklumat tanpa mengubah sheet. Pilih Read All atau Lookup by mapped column. |
| Write | Tambah row baharu tanpa mencari atau mengubah rekod sedia ada. |
| Update | Cari row yang sepadan menggunakan search column yang dipilih, kemudian ubah mapped fields. |
Map Column
Map hanya column yang diperlukan untuk action yang dipilih. Nama dan description column yang jelas membantu AI menghantar value yang betul.
Untuk configuration read dan auto, akaun anda mungkin turut memaparkan Filter result. Gunakannya untuk memilih column yang diterima oleh AI, menerangkan maksud setiap column, dan menetapkan Max Rows to Return. Jika dibiarkan kosong, nilai default ialah 20 row.
Test Sebelum Aktifkan
Gunakan langkah test dalam tool jika tersedia, kemudian uji keseluruhan perbualan customer dalam AI Playground. Pastikan lookup mencari row yang betul dan action write atau update hanya mengubah column yang dijangka.
Urus Tools
Halaman AI Tools menunjukkan type, nama, description, dan status setiap tool.
- Gunakan switch untuk menjadikan tool yang telah diconfigure sebagai Active atau Inactive.
- Klik Manage untuk mengubah configuration.
- Padam tool hanya apabila ia tidak lagi diperlukan. Pemadaman tidak boleh dibatalkan.
- Sambungkan semula akaun Google jika ReplyLa memaklumkan bahawa connection telah expired atau revoked.