ReplyLa Logo
Templat

Kelulusan oleh Meta

Macam mana Meta review dan approve template WhatsApp anda sebelum anda boleh guna.

Bila anda klik Submit for Review, template anda akan dihantar kepada Meta (syarikat di sebalik WhatsApp). Meta akan review setiap template sebelum anda dibenarkan menghantarnya kepada customer. Halaman ni menerangkan apa yang berlaku semasa review tersebut.

Apa Berlaku Lepas Anda Submit

  1. Status jadi Pending - Template anda dikunci semasa Meta sedang review. Anda tak boleh edit dalam tempoh ni.
  2. Meta semak category - Meta mengesahkan sama ada template anda Marketing, Utility, atau Authentication, dan menukarnya kalau perlu.
  3. Meta review content - Meta membaca mesej anda untuk pastikan ia mengikut peraturan WhatsApp.
  4. Status berubah - Template anda jadi Approved (boleh guna) atau Rejected (kena edit dan hantar semula).

Berapa Lama Ambil Masa

Kebanyakan template di-review dalam masa 30 minit hingga 24 jam. Status Pending dalam tempoh ni adalah normal - tiada apa-apa tambahan yang anda perlu buat.

Meta Boleh Tukar Category Anda

Bila anda buat template, anda pilih satu category. Meta boleh tukar category tu kalau ia rasa template anda lebih sesuai di tempat lain.

Contohnya, kalau anda pilih Utility tapi Meta rasa mesej tu sebenarnya Marketing, template akan diluluskan sebagai Marketing - dan anda akan dicaj pada kadar Marketing. Lihat Harga untuk perbezaan kadar.

Kalau anda rasa Meta pilih category yang salah, anda boleh minta semakan semula category dalam tempoh 60 hari dari tarikh template dibuat atau dikemas kini.

Tip Sebelum Campaign

Hantar template anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum campaign atau broadcast. Ini memberi anda masa lebihan kalau-kalau Meta lambat, tersalah letak category, atau menolak template tersebut.

Soalan Lazim

Copyright © 2026