ReplyLa Logo
Chatbot

Chatbot AI

Ajar AI tentang selok-belok bisnes anda dan macam mana nak borak dengan customer.

Tutorial Video

Video ni mungkin tunjuk interface lama. Step-step dan konsep masih betul, cuma sesetengah skrin mungkin nampak sedikit berbeza dalam versi semasa.

Apa Itu Chatbot AI?

Anggap page ni macam sesi training untuk AI anda. Ada dua bahagian penting:

  • Training Data - Fakta yang AI kena tahu (contoh: harga, waktu operasi, polisi). AI akan baca SEMUA info ni sebelum dia reply chat.
  • AI Behaviour - Personaliti dan gaya bahasa AI anda (friendly? formal? reply dalam BM?). Ini ajar AI MACAM MANA nak reply.

Sebelum Start

Cara Nak Setup Training Data

Training Data ni macam cheat sheet yang AI akan belek setiap kali sebelum nak balas mesej. Pastikan letak info yang penting dan ringkas je kat sini.

  1. Pergi ke Chatbot > klik nama chatbot anda > masuk ke Chatbot AI.
  2. Pastikan tab Training Data dah dipilih.
  3. Taip info bisnes anda dalam editor. Guna label yang clear supaya AI senang faham.
  4. Klik Save.

Contoh yang bagus:

Business Name: Nasi Lemak Mak Cik
Hours: Isnin-Sabtu 7am-3pm, Ahad tutup
Location: No. 15, Jalan Masjid, Petaling Jaya
Phone: 011-2345-6789
Menu: Nasi Lemak Biasa RM5, Nasi Lemak Special RM8, Nasi Lemak Ayam RM10
Delivery: Ada kat GrabFood & FoodPanda. Takde self-delivery.
Payment: Cash, TnG, DuitNow
Anda juga boleh link dokumen AI Knowledge anda secara terus dalam editor Training Data menggunakan butang Knowledge Base kat toolbar.

Cara Nak Set AI Behaviour

AI Behaviour (System Prompt) ajar AI tu siapa diri dia dan macam mana nak interact dengan customer.

  1. Klik tab AI Behaviour.
  2. Tulis arahan dalam bahasa yang simple dan jelas.
  3. Klik Save.

Contoh yang bagus:

You are a friendly customer service assistant untuk Nasi Lemak Mak Cik.
Reply dalam Bahasa Malaysia by default. Kalau customer type in English, reply in English.
Be warm and friendly. Boleh guna emoji sekali-sekala.
Sentiasa mention waktu operasi kita bila orang tanya pasal order.
Kalau tak pasti jawapan, just say "Sila hubungi kami di 011-2345-6789 untuk maklumat lanjut."
Never make up information (jangan reka cerita) kalau info tu takde dalam training data.

Training Data vs AI Knowledge

Letak info penting yang pendek je dalam Training Data. Untuk info panjang, pindahkan ke bahagian AI Knowledge.
Training Data (page ni)AI Knowledge (page asing)
Cara berfungsiAI baca SEMUA info sebelum setiap replyAI cuma search dan baca part yang berkaitan je
Sesuai untukInfo wajib tahu yang ringkas (waktu operasi, contact, polisi)Content yang panjang (full katalog produk, FAQ detail)
KosGuna lebih banyak token sebab AI kena baca semuaGuna token lebih sikit sebab AI cuma baca info yang related
LimitKena sentiasa pendek (bawah 1 page)Boleh panjang-panjang (boleh upload banyak file)

Soalan Lazim

Copyright © 2026