Reply.la Logo
Untuk Ejen AI

Cara Guna MCP

Apa yang anda boleh tanya ejen AI selepas ia disambungkan ke Reply.la, dengan contoh soalan, contoh jawapan, dan kebenaran yang diperlukan.

Apa Yang Anda Boleh Tanya Ejen AI?

Selepas aplikasi AI anda disambungkan ke Reply.la, anda boleh bertanya tentang Inbox, kenalan, chatbot, dan kempen anda dalam bahasa biasa, sama ada bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. MCP Reply.la meliputi 15 ciri, menggunakan 67 alat dan 20 kebenaran.

Anda tak perlu tahu nama alat. Tanya sahaja seperti anda bertanya kepada rakan sepasukan, contohnya:

  • "Siapa tengah tunggu reply?"
  • "Kenapa bot tak reply?"
  • "Draft blast Promo Raya."

Belum disambungkan? Ikut langkah di Sambungkan AI Anda ke Reply.la dahulu.

Contoh di halaman ini menggunakan perniagaan contoh, Kedai Aida, dengan peranti WhatsApp bernama Sales HQ. Ejen anda akan menjawab dengan data anda sendiri, dan ayatnya mungkin berbeza.

Pilih Kebenaran Anda

Kali pertama aplikasi AI anda menyambung, Reply.la akan membuka skrin kelulusan. Pilih satu preset di situ, atau tandakan setiap kebenaran sendiri.

PresetApa yang dibenarkanKebenaran
View only (disyorkan)Membaca data anda. Tidak mengubah apa-apa. Ini pilihan lalai.9 daripada 20
View and editMengubah kenalan dan Inbox, mencipta chatbot, dan menyimpan draf chatbot serta Blaster. Tak pernah menghantar mesej kepada customer.14 daripada 20
Full accessJuga menghantar mesej, memadam kenalan, dan menguji, train, serta publish chatbot.20 daripada 20
CustomPilih sendiri setiap kebenaran.1 hingga 20

Anda boleh ubah pada bila-bila masa di Integrations → MCP for AI Agents → Connected agents → Edit access.

Mula dengan View only. Tambah kebenaran kemudian apabila anda mahu ejen buat lebih banyak perkara.

Peta Kebenaran Penuh

Ada 9 bahagian dan 20 kebenaran. Setiap preset termasuk semua kebenaran dalam preset sebelumnya.

BahagianView only+ View and edit+ Full access
ContactsViewEditDelete
TemplatesView-Send
MessagingView-Send
DevicesView--
InboxViewEdit-
ChatbotViewCreate, EditTest, Train, Publish
AnalyticsView--
FilesView--
BlasterViewCreate-

Apabila anda tandakan kebenaran seperti Edit atau Send dalam Custom, kebenaran View untuk bahagian itu akan ditambah sekali.

Contoh Mengikut Ciri

1. Inbox: Siapa Tengah Tunggu Reply?

Inbox macam mana pagi ni? Siapa perlu reply dulu?

Ada 42 perbualan. 9 customer sedang menunggu balasan, 3 sudah diserahkan kepada manusia, dan 2 lagi tempoh balasannya akan tamat dalam masa sejam. Paling lama menunggu: Puan Aida, 2 jam 10 minit, belum ditetapkan kepada sesiapa.

Apa chat terakhir dengan Encik Farid di device Sales HQ?

Semalam pukul 9.42 malam dia tanya harga pakej Premium. Bot jawab RM199 sebulan, kemudian dia minta invoice. Belum ada balasan sejak itu, dan perbualan ini sudah ditetapkan kepada Hafiz.

KebenaranPresetEjen boleh
Inbox · ViewView onlyMembaca perbualan, mesej, dan kiraan chat

Boleh tanya juga: "Berapa chat belum assign?" · "Chat mana bot tengah pause?" · "Hafiz ada berapa chat pending?" · "Berapa chat baru dalam 24 jam?"

2. Inbox: Tetapkan dan Serahkan Chat

Assign chat Puan Aida pada Hafiz, lepas tu pause bot untuk chat tu.

Siap. Perbualan Puan Aida kini di bawah Hafiz, dan chatbot sudah dijeda untuk perbualan itu sahaja. Bot akan senyap sehingga anda atau pasukan anda menghidupkannya semula.

Chat Encik Lim dah settle. Mark as read dan bagi balik pada bot.

Sudah ditanda dibaca untuk seluruh pasukan, dan chatbot sudah dihidupkan semula untuk perbualan itu. Untuk peranti WhatsApp Business, customer akan nampak blue tick, dan itu tak boleh dibatalkan.

KebenaranPresetEjen boleh
Inbox · EditView and editTanda dibaca, tetapkan kepada ahli pasukan, jeda atau sambung semula bot
Inbox · ViewView onlyDatang sekali dengan Edit

Boleh tanya juga: "Unassign chat ni." · "Siapa teammate boleh di-assign?" · "On balik bot yang kena reply limit."

3. Balas Mesej Customer

Reply Puan Aida: "Order puan dah pos hari ni, tracking saya hantar petang ni ya."

Sahkan dahulu: penerima Puan Aida, +60 12-345 6789, melalui peranti Sales HQ. Mesej: "Order puan dah pos hari ni, tracking saya hantar petang ni ya." Hantar sekarang?

Ya, hantar. Lepas tu hantar katalog pada Encik Farid juga.

Mesej kepada Puan Aida sudah dihantar. Untuk Encik Farid, saya tak boleh: mesej terakhirnya lebih 24 jam lepas, jadi balasan bebas tidak dibenarkan. Nak guna template yang diluluskan?

KebenaranPresetEjen boleh
Messaging · SendFull accessMenghantar mesej bebas. Terus sampai kepada customer.
Contacts · ViewView onlyMencari kenalan yang hendak dibalas

Boleh tanya juga: "Tunjuk semua mesej dengan contact ni." · "Reply guna device kedua." · "Hantar gambar ni pada Puan Aida."

4. Kenalan dan Label

List contact dari iklan minggu ni yang ada label Hot Lead.

Saya jumpa 18 kenalan dari iklan minggu ini dengan label Hot Lead. 3 yang terbaru: Aida, Farid, dan Mei Ling. Nak butiran penuh sesiapa, atau nak saya senaraikan semua?

Tambah contact baru: Siti, +60123456789. Letak label Trial.

Sudah cipta Siti, +60 12-345 6789, dan pasang label Trial. Nota: label mesti sudah wujud dalam organisasi anda. Saya tak boleh cipta label baru di sini.

KebenaranPresetEjen boleh
Contacts · ViewView onlyMelihat kenalan dan label
Contacts · EditView and editMenambah atau mengubah kenalan, memasang label
Contacts · DeleteFull accessMemadam kenalan yang tiada sejarah chat

Boleh tanya juga: "Update company Encik Farid." · "Buang label Cold dari contact ni." · "Delete contact test tadi."

5. Template

Template apa yang ada untuk device Sales HQ?

Ada 6 template. 4 diluluskan: promo_raya, order_update, appointment_reminder, dan payment_followup. 1 masih pending dan 1 ditolak. Hanya yang diluluskan boleh dihantar.

Hantar order_update pada +60123456789. Nama Aida, order A1023.

Ini yang akan dihantar: "Hi Aida, order A1023 anda sedang diproses." Mesej ini terus sampai kepada customer dan tak boleh dibatalkan. Sahkan hantar?

KebenaranPresetEjen boleh
Templates · ViewView onlyMelihat template dan statusnya
Templates · SendFull accessMenghantar template. Terus sampai kepada customer.
Devices · ViewView onlyMemilih peranti yang hendak digunakan

Boleh tanya juga: "Tunjuk wording penuh promo_raya." · "Variable apa perlu diisi?" · "Template mana masih pending?"

6. Analytics dan Peranti

Macam mana performance 30 hari lepas untuk device Sales HQ?

312 lead baru. Funnel: 312 New, 140 Interested, 61 Closed. Purata 4.2 hari untuk close. Sumber lead: iklan 181, mesej terus 97, post organik 34.

Device mana yang tengah disconnect?

Ada 3 peranti. Sales HQ dan Support disambungkan. Cawangan Ipoh terputus. Sila sambung semula di Device Manager dalam dashboard.

KebenaranPresetEjen boleh
Analytics · ViewView onlyFunnel, sumber lead, dan kadar closing
Devices · ViewView onlySenarai peranti WhatsApp dan statusnya

Boleh tanya juga: "Lead paling banyak dari mana?" · "Berapa lead baru 7 hari lepas?" · "Hari mana closing rate paling tinggi?" · "Berapa lama purata nak close?"

Lihat Analytics untuk maksud angka-angka ini.

7. Tetapan Chatbot

Chatbot Kedai Aida ni set macam mana?

Chatbot hidup, mod training Guided. Working Hours 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat. Mesej alu-aluan hidup, Auto Follow Up hidup dengan 2 intent, dan Human Takeover guna kaedah Smart. Ada draf yang belum di-publish.

Keyword apa yang ada, dan bot jawab apa?

Ada 3 peraturan keyword. "menu" (contains) hantar gambar menu. "harga" (exact) hantar senarai harga. "lokasi" (contains) hantar alamat kedai. Peraturan pertama yang sepadan akan menjawab, bukan AI.

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · ViewView onlyMembaca prompt, tetapan, keyword, automasi, dan AI Knowledge

Boleh tanya juga: "Berapa chatbot plan saya boleh buat?" · "Apa beza draft dengan live?" · "AI Tools mana yang aktif?" · "Bila bot handover pada admin?" · "Follow up apa yang dah set?"

8. Selesaikan Masalah: Kenapa Bot Tak Reply?

Kenapa chatbot tak reply customer sejak pagi tadi?

Saya sudah semak peranti, Chatbot Status, AI Enabled, Working Hours, dan token AI. Puncanya: sekarang di luar Working Hours. Bot ditetapkan 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat, dan hari ini Ahad. Yang lain semuanya okay.

Habis tu kenapa semalam bot tak reply Puan Aida je?

Untuk perbualan Puan Aida, AI sedang dijeda kerana ahli pasukan mengambil alih perbualan itu. Bot akan senyap sehingga perbualan itu disambung semula. Saya tak ubah apa-apa. Nak saya hidupkan semula?

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · ViewView onlyMenjalankan semakan balasan
Devices · ViewView onlyMenyemak peranti
Contacts · ViewView onlyMenyemak perbualan seorang customer
Messaging · ViewView onlyMembaca perbualan

Keempat-empat kebenaran diperlukan. Jika kurang satu, alat semakan balasan tidak akan muncul.

Boleh tanya juga: "Kenapa bot hantar mesej sama je?" · "Kenapa bot pasang label salah?" · "Kenapa bot bagi harga salah?"

9. Ubah Chatbot

Tambah FAQ: "Ada COD tak?" Jawapan: "Ada, untuk Lembah Klang sahaja."

Sudah ditambah dalam draf. Bot live belum berubah dan customer belum nampak. Draf ini menunggu anda semak dan publish.

Tukar Working Hours jadi 9 pagi - 10 malam, setiap hari.

Okay, dalam draf Working Hours kini 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Belum live. Nak saya tunjuk ringkasan perubahan sebelum publish?

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · EditView and editMengubah draf sahaja. Bot live tidak disentuh.
Chatbot · CreateView and editMenambah chatbot baru. Dikira dalam had pelan.

Boleh tanya juga: "Buat chatbot baru untuk kedai kek saya." · "Tukar tone jadi lebih mesra." · "Tukar welcome message." · "Set reply limit 20 setiap chat."

10. Automasi: Keyword dan Follow Up

Tambah keyword "menu". Bila customer taip, hantar gambar menu.

Sudah tambah peraturan "menu" (contains) dalam draf, dengan fail Menu-2026.jpg dari File Manager. Belum live sehingga draf di-publish.

Kalau customer senyap 6 jam lepas tanya harga, follow up sekali.

Sudah tambah intent "Tanya harga" dalam draf Auto Follow Up: tunggu 6 jam, kemudian AI tulis mesej susulan. Belum live sehingga di-publish.

Ejen boleh mendraf perubahan pada enam halaman automasi: Keywords, Auto Label, Auto Follow Up, Human Takeover, AI Workflows, dan AI Tools.

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · EditView and editMengubah enam halaman automasi dalam draf
Files · ViewView onlyMemilih fail untuk dilampirkan
Templates · ViewView onlyDiperlukan jika satu langkah guna template

Boleh tanya juga: "Auto label Hot Lead bila minta harga." · "Handover bila customer complain." · "Off-kan AI Tool Google Sheets."

Susulan AI mesti dihantar dalam tempoh 24 jam WhatsApp, jadi pastikan setiap masa menunggu kurang daripada 24 jam.

11. AI Knowledge: Ajar Bot Perkara Baru

Tambah polisi refund ni dalam AI Knowledge chatbot Kedai Aida.

Saya sudah tambah dokumen "Polisi Refund" dalam draf. Ada 2 langkah lagi sebelum bot boleh guna: publish draf, kemudian train chatbot. Training menggunakan token AI.

Draft dah publish. Train sekarang.

Ini yang akan di-train: 1 dokumen baru, "Polisi Refund". Training menggunakan token AI organisasi anda. Teruskan? Selepas anda setuju, training akan berjalan di latar belakang.

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · ViewView onlyMembaca semua dokumen pengetahuan
Chatbot · EditView and editMenambah, mengganti, dan membuang dokumen dalam draf
Chatbot · TrainFull accessTrain pengetahuan. Menggunakan token AI.
Files · ViewView onlyMenambah PDF dari File Manager

Boleh tanya juga: "Apa bot tahu pasal harga?" · "Tambah PDF katalog." · "Buang dokumen promo lama."

12. Playground: Uji Sebelum Live

Test draft bot: tanya "Ada COD tak?" dan tengok apa dia jawab.

Bot menjawab: "Ada, kami ada COD untuk Lembah Klang sahaja. Nak saya bantu buat order?" Ini latihan dalam playground. Tiada mesej sampai kepada customer, tetapi ia menggunakan token AI.

Reset playground, saya nak start fresh.

Playground ini dikongsi dengan dashboard. Ada 14 mesej, kali terakhir aktif 10 minit lepas, mungkin milik pasukan anda. Reset akan memadam semuanya dan tak boleh dibatalkan. Sahkan reset?

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · TestFull accessMenguji chat dalam playground. Menggunakan token AI.
Chatbot · ViewView onlyDatang sekali dengan Test

Boleh tanya juga: "Test 3 soalan customer biasa." · "Apa yang dah di-test tadi?" · "Bot jawab apa kalau tanya harga?"

13. Publish: Bila Perubahan Jadi Live?

Apa akan berubah kalau saya publish draft ni?

Ringkasan draf: Working Hours jadi 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. 1 FAQ ditambah. Keywords: berubah. 1 dokumen AI Knowledge ditambah, perlu di-train selepas publish. Publish perubahan ini?

Ya, publish.

Sudah di-publish. Customer kini mendapat versi baru. Dokumen AI Knowledge yang baru belum aktif sehingga chatbot di-train. Nak saya semak status training?

KebenaranPresetEjen boleh
Chatbot · ViewView onlyMelihat ringkasan sebelum publish
Chatbot · PublishFull accessMenjadikan draf live untuk customer, atau membuang draf

Boleh tanya juga: "Buang je draft ni." · "Kenapa tak boleh publish?" · "Tunjuk beza draft dengan live."

14. File Manager: Fail Mana Bot Boleh Hantar?

Fail apa yang ada dalam File Manager?

Ada 12 fail: 8 gambar, 3 dokumen, dan 1 video. Menu-2026.jpg dan Katalog.pdf boleh dihantar melalui WhatsApp. Promo.webp formatnya tidak disokong WhatsApp, jadi jangan lampirkan yang itu.

Upload gambar promo baru ni ke File Manager.

Saya tak boleh buat dari sini. Saya hanya boleh senaraikan fail. Muat naik, tukar nama, dan padam fail dibuat di File Manager dalam dashboard. Selepas anda muat naik, saya boleh lampirkannya pada chatbot.

KebenaranPresetEjen boleh
Files · ViewView onlyNama, jenis, saiz, dan folder fail
Chatbot · EditView and editMelampirkan fail pada jawapan bot

Boleh tanya juga: "Attach gambar menu pada FAQ harga." · "PDF mana yang ada?" · "Fail mana WhatsApp tak support?"

15. Blaster: Boleh Ejen Hantar Blast?

Buat campaign Promo Raya guna template promo_raya untuk audience VIP Customer.

Draf kempen "Promo Raya" sudah dicipta: peranti Sales HQ, template promo_raya, audience VIP Customer, 1,240 nombor. Belum dihantar. Semak dan hantar dari dashboard.

Okay, hantar sekarang.

Saya tak boleh buat dari sini. Saya hanya mencipta draf, dan tak pernah menghantar atau menjadualkan blast. Buka Blaster dalam dashboard, semak draf "Promo Raya", dan tekan hantar di situ.

KebenaranPresetEjen boleh
Blaster · ViewView onlyKempen, audience, dan statistik penghantaran
Blaster · CreateView and editMencipta draf sahaja. Manusia yang menghantar.
Templates · ViewView onlyMemilih template
Devices · ViewView onlyMemilih peranti

Boleh tanya juga: "Result campaign minggu lepas?" · "Audience apa yang ada?" · "Draft blast pada 50 nombor ni."

Apa Yang Ejen Tak Boleh Buat

  • Ubah chatbot = draf sahaja. Bot live tidak berubah sehingga di-publish.
  • Blast tak pernah dihantar. Ejen mencipta draf. Manusia yang tekan hantar.
  • Satu organisasi sahaja. Ejen tak boleh mencapai data organisasi lain.
  • Publish dan train perlukan "ya" anda. Ejen tunjuk ringkasan dahulu, kemudian baru bertanya.
  • Tiada kebenaran, tiada alat. Jika satu kebenaran tidak ditanda, ejen langsung tak nampak alat itu.

Ejen Kata Tak Boleh? Semak 4 Perkara

  1. Kebenaran - Adakah sambungan itu ada kebenaran yang diperlukan?
  2. Pelan - Adakah modul atau ciri AI itu termasuk dalam pelan anda?
  3. Peranan - Bukan pemilik? Ejen mengikut kebenaran peranan anda.
  4. Beta - Adakah ciri itu masih beta, atau sudah dimatikan oleh Reply.la?

Semak dan ubah akses di Integrations → MCP for AI Agents → Connected agents → Edit access.

Soalan Lazim

Copyright © 2026