ReplyLa Logo
Blaster

Urus Kempen

Tengok result, analitik, dan urus kempen blast anda.

Dashboard Sepintas Lalu

Bila anda buka Blaster dari sidebar, bahagian atas page tunjuk empat kad ringkasan untuk aktiviti hantaran keseluruhan anda:

KadApa Yang Ditunjuk
Campaigns sentJumlah kempen yang anda dah hantar
Messages deliveredJumlah mesej yang berjaya delivered merentas semua kempen
Delivery ratePeratus mesej yang delivered berbanding jumlah dihantar
Read ratePeratus mesej delivered yang dibaca

Setiap kad juga tunjuk perbandingan dengan tempoh sebelumnya (contoh: "new activity" atau "no prior data" kalau anda belum hantar apa-apa).

Filter

Di bawah kad ringkasan, ada tiga filter untuk persempit senarai kempen:

  • All statuses - Filter ikut status kempen (Draft, Processing, Completed, Failed, dll.).
  • All devices - Tunjuk kempen yang dihantar dari nombor WhatsApp tertentu.
  • Any time - Filter ikut tarikh kempen di-create.

Jumlah kempen yang padan dengan filter anda ditunjuk di sebelah kanan (contoh: "12 campaign(s)").

Jadual Kempen

Setiap baris dalam jadual mewakili satu kempen. Lajur:

LajurPenerangan
CampaignNama kempen, device yang digunakan, dan template yang dihantar. Klik untuk buka details penuh.
StatusStatus semasa (Draft, Processing, Completed, Failed). Boleh sort.
ProgressCounter inline untuk Pending, Unreached, Sent, Delivered, dan Read untuk kempen tersebut.
ScheduledTarikh/masa scheduled atau "Not scheduled" untuk hantaran serta-merta. Boleh sort.
ActionsQuick actions: view (mata), duplicate (copy), pause/resume, delete (tong sampah). Draft juga ada icon edit (pensel).
Klik anak panah kecil sebelah Campaign, Status, atau Scheduled untuk sort jadual.

Lihat Keputusan Kempen

Klik mana-mana kempen dalam jadual untuk buka breakdown penuh. Anda akan nampak:

  • Total messages sent - Berapa banyak mesej dihantar.
  • Delivered - Berjaya sampai ke phone customer.
  • Read - Customer dah baca mesej.
  • Failed - Mesej yang tak berjaya dihantar.

Setiap contact dalam kempen disenaraikan dengan status delivery individu, jadi anda nampak betul-betul siapa terima mesej dan siapa tidak.

Analitik Kempen

Detail kempen bagi gambaran high-level prestasi kempen anda:

MetrikMaksudnya
Delivery RatePeratus mesej yang berjaya delivered berbanding jumlah dihantar.
Read RatePeratus mesej delivered yang sebenarnya dibaca.
Failure RatePeratus mesej yang gagal delivered.
Kempen yang sihat biasanya ada delivery rate atas 90%. Kalau failure rate anda tinggi, check nombor phone tak valid atau contact yang dah block nombor anda.

Hantar Semula ke Yang Gagal

Kadang-kadang mesej gagal sebab alasan sementara - phone customer off, masalah network, dll. Daripada create kempen baru, anda boleh resend kepada contact yang failed terus dari details kempen.

  1. Buka kempen yang dah completed.
  2. Cari section failed contacts.
  3. Klik Resend to Failed (atau yang serupa).
  4. Sistem akan cuba hantar mesej yang sama semula kepada contact tersebut.
Kalau nombor contact tak valid atau dah block anda, resend pun tak membantu. Bersihkan senarai contact anda secara berkala untuk kekalkan failure rate rendah.

Pengesanan Reply

Bila contact terima blast anda dan reply, reply diorang akan muncul dalam Inbox anda macam perbualan biasa. Macam ni cara ia berfungsi:

  • Reply terhubung - ReplyLa tahu reply tu datang dari blast recipient, jadi anda ada full context.
  • AI Reply uruskan - Kalau anda ada AI Reply enabled, ia auto-reply kepada blast recipient.
  • Handle manual - Kalau AI Reply off, reply muncul dalam Inbox untuk team anda handle manual.

Maksudnya Blaster bukan sekadar megaphone satu hala - ia permulaan perbualan dua hala. Hantar promo blast, dan bila customer reply "Berapa harga?", AI anda boleh handle response tu serta-merta.

Soalan Lazim

Apa Seterusnya?

Copyright © 2026