Pengurus Peranti
Link to a Page
Connect nombor WhatsApp Business anda ke Facebook Page dan profil Instagram.
Memautkan nombor WhatsApp Business anda ke Facebook Page dan profil Instagram akan menambah butang WhatsApp pada profil tersebut. Customer kemudian boleh tap untuk mesej anda terus - cara mudah untuk menjadikan social page anda sebagai pintu masuk chat.
Setup ni dibuat dalam Facebook dan Instagram, bukan dalam ReplyLa. Anda perlukan akses admin ke Page atau profil yang anda nak pautkan.
Link ke Facebook Page
- Pergi ke Facebook Page anda.
- Buka Settings.
- Di bawah Permissions, pilih Linked accounts.

- Klik View di sebelah WhatsApp.
- Pilih country code anda dan masukkan nombor telefon WhatsApp Business anda.

- Klik Send WhatsApp Code.
- Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke WhatsApp anda, kalau diminta.
Sebaik sahaja connect, skrin yang sama membolehkan anda menguruskan nombor yang dipaut - menambah nombor lain, menetapkan WhatsApp sebagai butang tindakan Page anda, atau membuang nombor.

Pilihan WhatsApp hanya muncul pada Facebook Page untuk business. Ia tidak tersedia pada profil Facebook peribadi.
Link ke Instagram
- Buka profil business Instagram anda.
- Tap Edit Profile.
- Di bawah Public business information, tap Contact options.
- Pilih WhatsApp Business phone number.
- Pilih nombor WhatsApp sedia ada, atau tambah nombor baru.
- Tap Send confirmation code.
- Lengkapkan pengesahan, kalau diminta.
Cara Nyahpaut
- Facebook: Kembali ke Settings → Linked accounts → WhatsApp dan buang nombor menggunakan butang Remove pada skrin pengurusan.
- Instagram: Pergi ke Edit Profile → Contact options dan buang nombor telefon WhatsApp Business.
Soalan Lazim
Pilihan WhatsApp hanya muncul pada Page business, bukan profil peribadi. Pastikan anda edit Facebook Page dan anda ada akses admin kepadanya.
Boleh. Anda boleh connect nombor WhatsApp Business yang sama ke Facebook Page dan profil Instagram anda.
Tidak. Pemautan berlaku dalam Facebook dan Instagram. ReplyLa adalah tempat anda menguruskan perbualan sebaik customer mesej anda.