Reply.la Logo
Templat

Harga

Faham harga mesej WhatsApp, window perbualan 24 jam, dan kos setiap jenis mesej mulai 1 Oktober 2026.

Ringkasan Pantas

WhatsApp mengenakan caj kepada business untuk menghantar template mesej (jenis yang digunakan dalam Blaster atau auto follow-up chatbot) dan, mulai 1 Oktober 2026, untuk balasan service selepas 1,000 mesej percuma sebulan. Caj ni dikenakan oleh Meta, bukan oleh Reply.la. Reply.la hanya platform yang anda guna untuk menghantarnya - yuran per mesej dibayar terus kepada Meta berdasarkan negara dan jenis mesej anda.

Harga baru mulai 1 Oktober 2026. Balasan dalam window 24 jam tak lagi percuma. Setiap nombor dapat 1,000 service message percuma sebulan, lepas tu setiap balasan dicaj 5.6 sen. Lead dari iklan Click-to-WhatsApp percuma selama 7 hari. Lihat Harga WhatsApp Mulai 1 Oktober 2026 untuk penerangan penuh dan cara kawal kos anda.
Caj ni dibayar terus kepada Meta, bukan kepada Reply.la. Reply.la tak menambah markup pada yuran per mesej. Subscription anda dengan kami adalah untuk platform; kos per mesej adalah urusan antara anda dengan Meta (di-bill melalui WhatsApp Business Account anda dalam Meta Business Manager).

Dua Jenis Mesej

WhatsApp membahagikan semua mesej kepada dua kumpulan: balasan kepada customer yang mesej anda dulu, dan mesej yang anda mulakan sendiri.

1. Customer-Initiated Messages (Service)

Bila customer hantar mesej kepada anda dulu, anda ada window 24 jam untuk reply dengan apa-apa sahaja - teks, gambar, voice note, link.

Ini dipanggil customer service window, dan reply anda ialah service message. Mulai 1 Oktober 2026:

  • Setiap nombor dapat 1,000 service message percuma sebulan. Baki yang tak diguna tak boleh dibawa ke bulan depan.
  • Lepas tu, setiap service message dicaj 5.6 sen (kadar Malaysia).
  • Setiap bubble dikira satu mesej.
  • Lead dari iklan Click-to-WhatsApp (CTWA) percuma selama 7 hari, termasuk follow-up.

Contoh: Customer DM kedai anda tanya "Ada size M tak?". Anda reply "Ada, RM45." - reply ni guna 1 daripada 1,000 mesej percuma anda. Bila mesej percuma dah habis, ia dicaj 5.6 sen.

2. Business-Initiated Messages (Berbayar)

Bila anda yang hantar mesej dulu - atau bila lebih 24 jam dah berlalu sejak mesej terakhir customer - anda mesti guna template yang dah approved, dan Meta akan caj anda per mesej.

Template diperlukan kerana Meta nak pastikan business tak spam customer secara tiba-tiba. Setiap template yang anda hantar adalah yang dah di-review dan diluluskan oleh Meta.

Contoh: Anda blast promo Raya kepada 1,000 customer yang tak mesej anda hari ini. Setiap satu daripada 1,000 mesej tu guna template dan dicaj per mesej.

Window Perbualan 24 Jam

Ini konsep paling penting untuk anda faham:

SituasiApa yang anda boleh hantarKos
Customer mesej anda dalam 24 jam terakhirApa-apa (teks, gambar, voice, link)Percuma untuk 1,000 pertama sebulan, lepas tu berbayar per mesej
Customer tak mesej anda, ATAU mesej terakhir lebih 24 jamTemplate yang dah approved sahajaBerbayar (per mesej)

Window ni akan reset setiap kali customer hantar mesej baru, jadi anda boleh terus reply dengan mesej bebas selagi customer masih reply. Mulai 1 Oktober 2026, setiap reply tu ditolak dari 1,000 service message percuma anda, kemudian dicaj per mesej.

Lead dari iklan Click-to-WhatsApp adalah pengecualian: semua mesej percuma selama 7 hari dari perbualan pertama, dan tempoh tu tak reset.

Kategori Template dan Harga

Bila anda buat template, anda kena pilih kategori. Kategori ni mempengaruhi harga:

KategoriKegunaanKos (Malaysia)
MarketingPromosi, offer, product launch, re-engagement34.7 sen setiap mesej
UtilityOrder confirmation, shipping update, appointment reminder, resit pembayaran5.6 sen setiap mesej
AuthenticationOTP, kod verifikasi, alert loginPaling rendah

Mulai 1 Oktober 2026, template Utility yang dihantar dalam window 24 jam juga dicaj. Sebelum ini, ia percuma.

Kadar sebenar berbeza ikut negara (Malaysia, Indonesia, Singapura, dll.) dan Meta mengemas kininya dari semasa ke semasa. Untuk kadar rasmi terkini, rujuk WhatsApp Platform Pricing (Malaysia). Anda boleh tukar dropdown negara dan kategori pada halaman tersebut untuk tengok kadar negara lain.

Kalau mesej anda semata-mata untuk transaksi (contoh: "Order anda dah ready"), kategorikan sebagai Utility - ia lebih murah daripada Marketing. Guna Marketing hanya untuk kandungan promosi.

Di Mana Kos Ni Apply Dalam Reply.la

Yuran per mesej dikenakan setiap kali Reply.la menghantar template mesej bagi pihak anda, dan mulai 1 Oktober 2026, untuk balasan service selepas 1,000 mesej percuma anda. Tempat utama ia berlaku:

1. Kempen Blaster

Setiap contact yang anda blast akan terima template mesej. Kalau anda blast 5,000 contact dengan template Marketing, itu 5,000 mesej berbayar. Lihat Blaster Overview.

2. Auto Follow-Up Chatbot

Kalau anda enable auto follow-up dalam chatbot anda (contoh: "Hantar reminder kalau customer tak reply dalam 12 jam"), setiap follow-up yang dihantar selepas window 24 jam tutup akan guna template dan dicaj per mesej.

3. Reply Chatbot dan Inbox

Mulai 1 Oktober 2026, reply dalam window 24 jam ialah service message. Ini terpakai sama ada chatbot yang reply atau admin yang taip dalam Inbox. Ia percuma untuk 1,000 pertama sebulan bagi setiap nombor, lepas tu dicaj per mesej. Lead dari iklan Click-to-WhatsApp kekal percuma selama 7 hari.

Macam Mana Billing Berfungsi

  1. Anda connect WhatsApp Business Account anda kepada Meta dan tetapkan cara bayaran (credit card atau prepaid balance) dalam Meta Business Manager.
  2. Meta caj anda terus untuk setiap mesej berbayar yang keluar melalui number anda.
  3. Peranan Reply.la ialah menghantar mesej tu melalui API Meta bagi pihak anda. Kami tak nampak atau pegang caj per mesej tu.
  4. Anda boleh semak penggunaan dan invoice dalam Meta Business Manager → Billing.

Soalan Lazim

Apa Seterusnya?

Copyright © 2026