Mula Di Sini
Connect WhatsApp Device Anda
Sambungkan nombor WhatsApp Business anda ke Reply.la supaya AI chatbot boleh hantar dan terima mesej.
Tutorial Video
Video ini mungkin tunjuk borang device yang lama. Proses sekarang bermula dengan soalan tentang keadaan nombor anda hari ini.
Sebelum Mula
- Anda sudah ada akaun Reply.la.
- Anda ada nombor telefon yang sedia digunakan.
- Anda boleh log in ke Meta Business.
- Nombor itu boleh terima SMS atau panggilan telefon, kalau pengesahan diperlukan.
Cara Connect Device
- Klik Device Manager di sidebar kiri.
- Klik Add Device. Kalau anda nampak senarai jenis sambungan, pilih Meta Official Business API.
- Pada soalan Which one is your number today?, pilih yang sepadan dengan nombor anda:
- A brand-new number - Nombor ini tidak pernah ada akaun WhatsApp.
- Connected to WA Business app - Nombor ini sedang digunakan dalam app WhatsApp Business yang rasmi.
- Connected to other software - Nombor ini sedang atau pernah disambungkan ke provider WhatsApp lain.
- Klik Continue.
- Baca checklist persediaan dan teruskan ke setup Meta.
Kalau Add Device berwarna kelabu, anda sudah capai had device untuk pelan anda. Upgrade pelan untuk tambah lagi.
Reply.la akan pilih laluan yang betul secara automatik:
| Keadaan nombor anda | Laluan sambungan | Sebelum teruskan |
|---|---|---|
| Nombor baru | Cloud API | Sediakan nombor aktif yang boleh terima SMS atau panggilan, dan log in ke Meta Business. |
| App WhatsApp Business | Coexistence | Update app WhatsApp Business dan bersedia untuk scan QR code Meta. |
| Software lain | Pindah ke Cloud API | Matikan two-step verification dan putuskan sambungan provider lama dalam WhatsApp Manager. |
Untuk sambungan Coexistence (satu nombor yang anda guna dalam Reply.la dan juga app WhatsApp Business), balasan yang anda hantar dari app juga muncul dalam Inbox Reply.la, dengan label Phone. Tetapi sticker, reaction, dan mesej yang di-edit atau dipadam dalam app tidak akan masuk. Jadi sebaik-baiknya balas customer melalui Inbox Reply.la, supaya semua perbualan ada di satu tempat.
Langkah terakhir sambungan berlaku dalam tetingkap Meta. Lengkapkan semua arahan di situ, termasuk pilih business, sahkan nombor, dan setup payment method kalau diminta.
Anda juga akan nampak WhatsApp Web Direct API, yang tersedia untuk semua pelan. Ia sambungkan nombor dengan scan QR code, tanpa melalui Meta. Ini kaedah tidak rasmi dan nombor anda berisiko kena ban. Baca WhatsApp Web Direct API sebelum anda pilih.
Selepas Connect
Selepas setup siap:
- Kembali ke Device Manager dan pastikan device sudah bersambung.
- Buka General Settings chatbot anda.
- Sambungkan device itu kepada chatbot.
- Test chatbot dalam AI Playground sebelum go live.
Soalan Lazim
Pilih kad yang menerangkan keadaan nombor anda sekarang. Reply.la akan pilih Cloud API, Coexistence, atau checklist pindah provider untuk anda.
Boleh, kalau anda sambung melalui Coexistence. Guna app untuk tengok sahaja dan hantar balasan melalui Inbox Reply.la, supaya chatbot dan pasukan anda ada perbualan yang lengkap.
Pilih Connected to other software. Lengkapkan dua syarat pindah dahulu, iaitu matikan two-step verification dan buang provider lama, sebelum klik Move my number.
Balasan automatik akan berhenti sehingga sambungan pulih. Buka Device Manager untuk semak statusnya dan sambung semula.
Kemas kini terakhir: 16 November 2026