Daftar Akaun Anda
Kenapa Perlu Daftar?
Ini langkah pertama: buat akaun Reply.la anda. Anda hanya perlukan nama, email, nombor telefon dan password, atau terus sign up dengan Google. Tidak sampai 2 minit.
Cara Mendaftar
- Pergi ke halaman pendaftaran Reply.la.
- Klik Sign up with Google, atau isi butiran anda:
- Name - Nama penuh anda.
- Email - Guna email yang anda selalu semak. Kami akan hantar link pengesahan ke email ini.
- Phone Number - Nombor telefon bimbit anda, dengan kod negara. Kami guna nombor ini untuk update akaun dan support. Ia tidak semestinya nombor WhatsApp yang anda akan sambungkan ke chatbot.
- Password - Sekurang-kurangnya 8 aksara, dengan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Password yang pernah terdedah dalam kebocoran data tidak diterima.
- Confirm Password - Taip password yang sama sekali lagi.
- Tandakan kotak untuk bersetuju dengan Terms and Conditions dan Privacy Policy.
- Klik Sign Up.
Lengkapkan Setup Akaun
Selepas sign up, Reply.la akan bawa anda melalui beberapa langkah ringkas untuk setup akaun. Anda perlu lengkapkan semuanya sebelum boleh guna Dashboard.
- Welcome - Klik Let's Get Started.
- Complete Your Profile - Semak Full Name dan Phone Number, kemudian klik Continue.
- What will your chatbot help with? - Pilih semua yang berkaitan: Customer Support, Sales Assistant, Appointment Booking, E-commerce atau Other / Custom. Kemudian klik Continue.
- You're All Set! - Klik Continue. Kalau email anda sudah disahkan, butang itu tertulis Go to Dashboard.
- Verify Your Email - Buka email daripada Reply.la dan klik link pengesahan, kemudian klik I've verified, check now. Klik Continue untuk selesai.
Kalau anda sign up dengan Google, email anda sudah disahkan, jadi langkah 5 dilangkau.
Soalan Lazim
Kemas kini terakhir: 6 November 2026
Setting Untuk Kawal Kos Anda
Guna Auto-Split for Ad Customers, Conversation Limit, Ad Leads Only dan Free Message Limit untuk kekalkan caj WhatsApp anda rendah selepas perubahan harga 1 Oktober 2026.
Connect WhatsApp Device Anda
Sambungkan nombor WhatsApp Business anda ke Reply.la supaya AI chatbot boleh hantar dan terima mesej.